image

Soalan Lazim

Apa itu Aqiqah?

Aqiqah oleh masyarakat Melayu Muslim di Malaysia adalah satu ibadah Islam dengan mengorbankan haiwan untuk bayi lelaki atau perempuan yang baru lahir.

Apakah hukum pelaksanaan Aqiqah?

Aqiqah adalah sunnah muakkadah (sunnah yang sangat dituntut) bagi mereka yang mampu melaksanakannya.

Apakah perbezaan Aqiqah & Qurban?

Aqiqah: Ibadah yang dilakukan sebagai tanda kesyukuran atas nikmat dikurniakan anak.

 

Qurban: Ibadah yang dilakukan semasa Eidul Adha yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan untuk menghidupkan syariat Nabi Ibrahim dan seterusnya Nabi Muhammad SAW.

Bilakah waktu pelaksanaan Aqiqah?

Waktu terbaik adalah pada hari ketujuh kelahiran anak.

 

Walau bagaimanapun, jika seseorang itu tidak berkemampuan untuk melaksanakan aqiqah dalam masa yang ditetapkan, mereka boleh melakukannya pada bila-bila masa apabila mereka mampu.

Siapakah yang dibenarkan makan daging Aqiqah?

Golongan yang paling layak menerima adalah orang fakir dan miskin dari kalangan umat Islam. Namun, daging aqiqah boleh dijamu kepada sesiapa sahaja tanpa ada halangan.